Ekonomi jingga penggerak RMK13
Iklan
Ekonomi jingga merujuk kepada kegiatan ekonomi yang berasaskan industri kreatif, seni, budaya, warisan, reka bentuk, media digital, hiburan dan inovasi. - Gambar hiasan
APABILA Perdana Menteri membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026–2030 dengan semangat ‘Melakar Semula Pembangunan’, salah satu teras penting yang mula mendapat perhatian ialah ekonomi jingga - konsep yang memanfaatkan kreativiti, budaya dan inovasi sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.
Meskipun istilah ini sering disebut dalam forum akademik dan wacana dasar, ramai rakyat biasa masih bertanya: Apa sebenarnya ekonomi jingga dan bagaimana ia boleh membantu kehidupan saya?