Keadilan untuk Zara dan Beng Hock
Iklan
Zara Qairina (kiri), Teoh Beng Hock
SATU demi satu perhimpunan awam diadakan di kota besar dan di pekan kecil di Sabah, dari Papar ke Sandakan, dari Kudat ke Tawau, dan sekarang merebak ke Semenanjung bermula di Kuala Lumpur.
Perhimpunan-perhimpunan ini disertai oleh ratusan dan ribuan orang awam merentasi kaum, agama dan kelas. Mereka datang sendiri menuntut keadilan untuk arwah Zara Qairina Mahathir.