MANILA - Angkatan Tentera Filipina (AFP) menyifatkan sebuah video yang tular di YouTube kononnya berlaku"standoff” antara pasukan tentera laut Filipina dan Malaysia adalah maklumat palsu, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
"Ini adalah rekaan sepenuhnya - tiada insiden sedemikian berlaku. Ia bertujuan menjejaskan hubungan diplomatik 60 tahun dengan Malaysia, menghakis kepercayaan rakyat terhadap AFP, dan mencetuskan ketegangan yang tidak perlu,” menurut kenyataannya pada Selasa malam.