Mahkamah perintah suami pengasas Dnars pulang semula RM1.3 juta milik arwah isteri

Iklan
Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bahru pada Rabu memerintahkan suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars supaya mendepositkan wang tunai milik isterinya, Faziani Rohban Ahmad ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham. - Gambar hiasan

KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu memerintahkan suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars supaya mendepositkan wang tunai milik isterinya, Faziani Rohban Ahmad ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham.

Hakim Zaini Sulaiman memerintahkan Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, berbuat demikian dalam tempoh 30 hari bermula Rabu selepas membenarkan permohonan ahli-ahli waris Allahyarham Faziani.

Iklan
Iklan

"Wang tunai milik Allahyarham yang diambil oleh plaintif dalam peti besi sebelum ini yang kini berada dalam milikan plaintif secara peribadi perlu didepositkan ke akaun bank pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham sebelum mahkamah memutuskan soal tuntutan harta sepencarian," katanya.

Akaun pentadbir bersama dimiliki oleh Ahmad Shah Rizal dan anak sulung Allahyarham Faziani, Aqbar Hakim Jasman, 25.

Iklan

Keluarga Allahyarham Faziani diwakili oleh peguam, Shaharuddin Mohamed dan Naimah Saupi, manakala Ahmad Shah Rizal diwakili oleh peguam, Mohd Firdaus Mohd Tamrin dan Ismail Mohd.

Sementara itu, Shaharuddin berkata, berikutan perintah itu, Ahmad Shah Rizal dikehendaki mematuhi perintah tersebut dan sekiranya gagal, dia boleh dikenakan prosiding komital.

Iklan

Sebelum ini, Ahmad Shah Rizal memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah.

Salah satu harta sepencarian yang dituntut adalah wang tunai RM1.3 juta yang berada dalam peti besi sebelum diambil oleh Ahmad Shah Rizal.