KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah RM4.15 bilion bagi negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, peruntukan itu melibatkan pembiayaan 17 projek di Kelantan, khususnya dalam usaha mengurangkan kejadian banjir dan pemuliharaan pantai demi kesejahteraan serta keselamatan rakyat.