Rela, PDRM diberi kuasa laksana Perintah Kawalan Pergerakan

Iklan
Keadaan aliran trafik di sekitar Bandaraya George Town lengang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan Covid-19.

SHAH ALAM - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilantik sebagai pegawai yang diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sekarang.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan hari ini berkata, bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan asas.

Iklan
Iklan

Selain itu, amalkan penjarakan sosial dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan koronavirus (Covid-19).

"Lanjutan daripada pengisytiharan tersebut, langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Iklan

"MKN dan Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara agensi kerajaan pada 17 Mac 2020 untuk memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan agar perintah ini dapat berjalan dengan baik dan lancar.

"Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkenaan perkara itu, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, MKN, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8888 2010,” kata kenyataan itu.

Iklan