Kes Zara: Mengapa begitu?
Iklan
Pengambilalihan siasatan kematian Zara Qairina oleh Pasukan JSJ Bukit Aman semalam adalah selaras dengan salah satu daripada empat perkara yang dimohon oleh peguam ibu Allahyarhamah.
AWANG boleh faham kekecewaan netizen pada pihak sekolah, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kes Zara Qairina.
Tak seharusnya kes ini jadi begini. Sekiranya itu kes buli, siasatan harus menjurus ke situ. Tak usahlah ada macam-macam usaha nak cover-up macam yang didakwa oleh netizen.