Pihak perlekeh bantu miskin tegar sembang kosong - Zulkifli
Iklan
Zulkifli
PUTRAJAYA – Tindakan segelintir pihak yang memperlekehkan usaha kerajaan membasmi miskin tegar disifatkan sebagai ‘sembang kosong tanpa fakta’.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan berkata, kerajaan komited menoktahkan isu miskin tegar, bukannya kemiskinan secara keseluruhan seperti yang cuba digambarkan pihak tertentu.
Iklan
Iklan
“Ahli Parlimen yang membuat dakwaan ini perlu semak fakta. Usaha ini adalah fokus kepada miskin tegar, bukan semua kategori miskin. Perkara ini penting supaya masyarakat tidak keliru.
“Bila kita membasmi kemiskinan, itu adalah usaha baik yang dituntut agama. Jadi, mengapa ia perlu diperlekeh?” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Iklan
Mengulas kenyataan pihak yang mendakwa kemiskinan adalah fitrah, beliau berkata, pandangan itu bercanggah dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.
“Rasulullah SAW sendiri mengajar kita berdoa supaya dijauhkan daripada kefakiran. Ini jelas menunjukkan kemiskinan adalah masalah yang perlu diselesaikan,” ujarnya.
Iklan
Beliau turut merujuk pandangan ulama tersohor, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi yang menegaskan kemiskinan bukanlah fitrah untuk diraikan, sebaliknya satu masalah yang memerlukan penyelesaian.
Menurut Zulkifli, membasmi kemiskinan dalam Islam tidak bermaksud memusuhi golongan miskin, tetapi menyantuni mereka, mengangkat taraf hidup dan mendorong kesejahteraan masyarakat.
“Islam mendorong umatnya berusaha dan berikhtiar, bekerja keras serta tidak bergantung kepada orang lain untuk keluar daripada kemiskinan.
“Dalam Islam, pemerintah bertanggungjawab memelihara kebajikan rakyat dan berusaha membasmi kemiskinan. Sebab itu Islam mewajibkan zakat dan menggalakkan sedekah bagi membantu golongan memerlukan,” jelasnya.
Katanya lagi, pengagihan kekayaan secara adil adalah prinsip penting dalam Islam untuk memastikan kesejahteraan semua lapisan masyarakat.
“Oleh itu, usaha kerajaan menoktahkan miskin tegar perlu disokong semua pihak, bukan diperlekeh. Kalau benar prihatin, mari sama-sama mencari jalan penyelesaian,” tegasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>