KUALA LUMPUR - Sejumlah RM8.4 juta diperuntukkan bagi perolehan lencana Jalur Gemilang kepada 5.14 juta murid dan pelajar di institusi pengajian di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Menurut KPM menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, lencana itu dibekalkan kepada murid dan pelajar di sekolah, Kolej Matrikulasi, Kolej Tingkatan Enam dan Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan setiap orang diberikan dua lencana Jalur Gemilang secara percuma.