KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggariskan lima tonggak dalam Rangka Kerja Negara Kecerdasan Buatan (AI) untuk memastikan AI memberi manfaat kepada setiap rakyat Malaysia.
Beliau berkata, lima tonggak itu ialah dasar berpandangan ke hadapan; tenaga kerja yang dinamik dan celik digital; infrastruktur digital yang selamat dan dipercayai; pemerkasaan kepercayaan digital dan pelaburan strategik yang akan membangunkan ekosistem AI yang berdaya maju melalui perkongsian awam-swasta dan kerjasama global.