Permohonan Ahmad Maslan batalkan tuduhan didengar 7 April

Iklan
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR - Permohonan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk membatalkan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan didengar 7 April depan.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya. Siti Noor Hafizan Zakaria ketika dihubungi Bernama hari ini.

Iklan
Iklan

"Semalam, pihak mahkamah telah menghubungi pihak pendakwaan dan peguam untuk memaklumkan tarikh baharu bagi mendengar permohonan itu.

"Mahkamah menetapkan 7 April depan bagi mendengar permohonan tertuduh dan juga untuk pengurusan kes tersebut,” katanya.

Iklan

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad menetapkan 26 Mac untuk mendengar permohonan itu.

Bagaimanapun, pendengaran pada tarikh tersebut tidak dapat dijalankan berikutan mahkamah hari ini ditutup sehingga 31 Mac berikutan keputusan kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19.

Iklan

Pada 21 Januari lepas, Ahmad, 54, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib pada 2013 kepada LHDN dan memberi penyataan palsu kepada SPRM tahun lalu. - Bernama