Kematian yang penuh misteri
Iklan
Kisah-kisah kematian pelik membuktikan bahawa hidup boleh berakhir dengan cara yang tidak terduga. Gambar hiasan
BAGAIMANA cara seseorang akan mati terus menjadi misteri terbesar manusia dari dulu sampai sekarang. Daripada profesor terulung hingga presiden negara kuasa besar dunia, tiada siapa tahu bila dan bagaimana pengakhiran hidup mereka.
Tetapi semuanya yakin akan mati. Presiden Donald Trump yang berlagak seolah-olah dia maharaja dunia juga bercakap pasal mati.