Wisma Putra minta rakyat Malaysia terkandas di India bertenang

Iklan
Hishammuddin

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri meminta rakyat Malaysia yang terkandas di India bertenang kerana Wisma Putra akan membantu membawa mereka pulang ke tanah air.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Pasukan Khas Covid19 Wisma Putra juga sedang meneliti usaha untuk mencari penyelesaian bagi mereka yang ingin pulang ke Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara itu di luar bidang kuasa kerana mereka perlu bergantung kepada budi bicara kerajaan luar (India) untuk memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia untuk pulang.

"Saya ambil maklum ramai rakyat Malaysia terkandas dan menghadapi masalah untuk mendapatkan penerbangan pulang dari India susulan keputusan kerajaan India berkaitan wabak Covid-19.

Iklan

"Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan seorang pegawai daripada pihak berkuasa India mengatakan ini keputusan Kerajaan Malaysia adalah tidak benar. Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat kita dibenar pulang ke tanah air.

"Bagaimanapun mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari selepas pulang,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, pihaknya telah berhubung dengan Perwakilan Malaysia di India dan turut memaklumkan kepimpinan tertinggi Kongres India Malaysia (MIC) yang juga bersedia membantu secara langsung.

Rakyat Malaysia yang terkandas di India diminta menghubungi kedutaan Malaysia di India menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi (+91 11 2415 9300 atau mwdelhi@kln.gov.my) atau Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai (91 44)2433 4434/35/36 atau mwchennai@kln.gov.my) dan Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai (00 9122 2645 5751/52/55) atau mwmumbai@kln.gov.my.

Difahamkan seramai 274 rakyat Malaysia yang terkandas di India sehingga jam 9 pagi tadi melibatkan 200 orang di Lapangan Terbang Tiruchirappalli, Cehnnai, Delhi (73) dan seorang di Mumbai.