Hakim selesai kes cerai guna hidangan ayam

Iklan
Gara-gara seekor ayam, sepasang suami isteri berdepan pertikaian ketika pembahagian aset selepas bercerai. Foto hiasan

BEIJING - Gara-gara lebihan seekor ayam, sepasang suami isteri dari barat daya China terbabit dalam pertikaian mengenai pembahagian keseluruhan 29 ekor ayam ketika prosiding perceraian.

Setelah gagal mencapai kata sepakat, hakim menasihatkan mereka untuk memasak dan makan lebihan seekor ayam itu sebagai 'hidangan perpisahan' sebelum bercerai.

Iklan
Iklan

Idea tersebut bukan sahaja praktikal, malah mencerminkan falsafah Konfusianisme yang memupuk rasa hormat dan keseimbangan walaupun pada saat perpisahan.

Pasangan itu, Tu dan Yang, merupakan penternak haiwan dan tidak mempunyai aset lain selain rumah yang dibina sendiri.

Iklan

Fokus pembahagian aset mereka tertumpu kepada 53 ekor ternakan unggas, namun 29 ayam menjadi titik pertikaian kerana tidak dapat dibahagikan sama rata.

Di mahkamah, Tu berkata, dia layak mendapat lebih seekor kerana mempunyai ikatan emosi dengan haiwan itu, namun Yang tidak bersetuju kerana dia juga banyak berusaha menjaga ternakan tersebut.

Iklan

Hakim Chen Qian kemudian menawarkan pilihan sama ada memakan ayam itu bersama-sama atau satu pihak membayar pampasan kepada pihak yang lain, dan mereka bersetuju dengan pilihan pertama.

Selepas hidangan itu, pasangan terbabit berpisah secara baik, malah Yang menghantar Tu pulang dengan motosikal elektriknya sambil kedua-duanya berjanji untuk kekal sebagai kawan.

Hakim Chen menjelaskan penyelesaian itu mematuhi peraturan undang-undang dan menghormati adat luar bandar memandangkan pembahagian aset ternakan adalah rumit.

Konteks undang-undang di China menetapkan bahawa harta sepencarian perlu dibahagikan sama rata. – AGENSI