Menjelang Belanjawan 2026: Hapus cukai jalan motosikal 150cc tak jejas pendapatan negara
Iklan
Menjelang Belanjawan 2026, orang ramai berharap agar kerajaan dapat memansuhkan bayaran cukai jalan bagi motosikal berkapasiti bawah 150cc. Gambar kecil: Shazali
SHAH ALAM - Tiada kesan negatif terhadap pendapatan negara sekiranya kerajaan mempertimbangkan pemansuhan sepenuhnya cukai jalan bagi motosikal bawah 150cc, kata penganalisis ekonomi dari University College i-CATS, Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor.
Beliau menjelaskan, cukai motosikal hanya sebahagian kecil daripada pendapatan negara dan ia wajar dihapuskan sebagaimana penghapusan lesen televisyen satu ketika dahulu.