Kematian Zara Qairina: Wajib bedah siasat jika mencurigakan
Iklan
Proses bedah siasat atau post mortem merupakan prosedur penting dan wajib dilaksanakan sekiranya wujud unsur meragukan dalam sesuatu kes kematian. Gambar hiasan, gambar kecil: Nadiah Syariani
SHAH ALAM - Proses bedah siasat atau post mortem merupakan prosedur penting dan wajib dilaksanakan sekiranya wujud unsur meragukan dalam sesuatu kes kematian di negara ini.
Pakar Kriminologi dari Kolej Universiti Manipal Malaysia, Nadiah Syariani Md Shariff berkata, proses itu penting bagi membolehkan punca sebenar kematian dapat dikenal pasti.