Shamsul Anuar nafi ulas kes Zara Qairina

Iklan
Poster penafian yang dimuat naik Shamsul Anuar di Facebook pada Ahad.

SHAH ALAM – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau pernah mengulas berhubung kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Menurut beliau, laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dibuat berhubung perkara tersebut yang disifatkannya sebagai satu fitnah.

Iklan
Iklan

“Perkara ini jelas suatu fitnah. Saya tidak pernah bercakap atau mengulas apa-apa berkaitan kes Allahyarhamah Adik Zara Qairina.

“Ia jelas suatu tindakan jahat dan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau menerusi hantaran di Facebook turut memuat naik poster penafian tangkap layar tajuk laporan yang tertera tulisan ‘Saya timbalan menteri KDN dari UMNO BN untuk apa untuk percepat selesai kes Zara’.

Kematian Zara, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Papar, Sabah mendapat perhatian apabila didakwa menjadi mangsa buli.

Iklan

Pelajar tersebut dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Allahyarham disahkan meninggal dunia keesokannya selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.

Ibu Zara, Noraidah Lamat, 45, memohon kubur anaknya digali semula demi mendapatkan jawapan dan keadilan kerana tiada bedah siasat dilakukan.

Pada Jumaat, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak berkuasa menggali semula kubur jenazah bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan.