Polis tahan empat remaja buat aksi ala 'Superman'

Iklan
Empat remaja ditahan polis selepas dikesan melakukan aksi berbahaya termasuk tunggangan ala ‘superman’ di Lebuhraya Linkedua dekat Nusabayu, Gelang Patah. - Foto IPD Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI – Empat remaja ditahan polis selepas dikesan melakukan aksi berbahaya termasuk tunggangan ala ‘Superman’ di Lebuhraya Linkedua dekat Nusabayu, Gelang Patah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, tangkapan pada awal pagi Ahad itu dilakukan ketika operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah.

Iklan
Iklan

“Kesemua yang ditahan berusia 18 hingga 25 tahun.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya akan terus meningkatkan operasi serta mengambil tindakan tegas terhadap samseng jalanan yang masih berdegil dan berlumba di jalan raya sehingga menimbulkan masalah kepada pengguna lain dan penduduk setempat.

Kumarasan turut mengingatkan golongan remaja supaya tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral itu, selain menasihatkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak yang keluar pada waktu malam menggunakan motosikal.

Iklan

“Jangan sampai nasi menjadi bubur, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna,” katanya.