Hubungan UMNO, MIC di Perak baik - Saarani

Iklan
Saarani memalu gong sebagai gimik perasmian Karnival Sukan Bendang Komuniti Perak Sejahtera 2030 Peringkat Daerah Hilir Perak di Sekolah Kebangsaan Permatang, Parit 7B Sungai Manik di Pasir Salak pada Ahad.

PASIR SALAK - Hubungan UMNO dan MIC di Perak ketika ini amat baik di sebalik hasrat beberapa badan perhubungan parti kaum India di peringkat negeri mahu meninggalkan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, parti kaum Melayu itu tidak meminggirkan rakan komponen mereka di negeri ini termasuk MIC.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beberapa pemimpin MIC turut dilantik di dalam syarikat berkaitan kerajaan serta sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Di Perak ini belum dengar (MIC mahu keluar dari BN) tapi untuk makluman, Pengerusi Perhubungan MIC Perak, Tan Sri M Ramasamy dan juga pimpinan lain tak ada masalah dengan saya. Mereka sentiasa berhubung dengan saya.

Iklan

"Seperti saya sebutkan sebelum ini, MIC walaupun dia tak jadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tapi ada seorang wakil dia duduk dalam lembaga pengarah Lembaga Air Perak (LAP) dan ada 14 orang pemimpin peringkat bahagian yang menjadi ahli majlis perbandaran dan majlis daerah," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Karnival Sukan Bendang Komuniti Perak Sejahtera 2030 Peringkat Daerah Hilir Perak di Sekolah Kebangsaan Permatang, Parit 7B Sungai Manik di sini pada Ahad.

Iklan

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan MIC Kedah meluluskan usul untuk bekerjasama dengan PN dan tidak menolak kemungkinan keluar daripada BN.

Bagaimanapun, Pengerusi MIC Kedah, S K Suresh menjelaskan, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan ditentukan oleh kepimpinan pusat parti.

Katanya, jawatankuasa kerja pusat MIC tidak pernah membincangkan soal keluar BN atau bekerjasama dengan PN setakat ini.