Kebijaksanaan diplomasi Anwar dan ASEAN
Iklan
Anwar (tengah) menyaksikan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet (kiri) bersalaman dengan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai selepas Mesyuarat Khas Bersama di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 4 Ogos lalu.
TARIKH 8 Ogos 1967 akan sentiasa dikenang sebagai tarikh lahir Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
Ditubuhkan di Bangkok bagi mengelakkan blok-blok lawan Perang Dingin menjadikan Asia Tenggara sebagai medan pertempuran proksi, ASEAN kini telah matang menjadi blok 10 negara - yang tidak lama lagi akan menjadi sebelas dengan penyertaan Timor-Leste - dan masih mampu mengejutkan dunia.