KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Kerajaan Madani teguh beriltizam memastikan suara, hak dan peluang untuk Orang Asal terus terjamin.
Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan mereka kekal menjadi tunjang budaya, penjaga khazanah alam serta rakan kongsi dalam kemajuan negara.