KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Singapura sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan republik itu yang ke-60, pada Sabtu.
Menurut kenyataan Istana Negara, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar hubungan dua hala yang akrab dan kukuh antara Malaysia dengan Singapura terus diperkukuh demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.