11 panggilan kes kebakaran terbuka diterima sehari
Iklan
Rekod menunjukkan sebanyak 345 kes berlaku pada waktu siang, manakala 195 kes dilaporkan pada waktu malam.
SHAH ALAM - Purata 11 panggilan kecemasan berkaitan kebakaran terbuka diterima setiap hari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, menjadikan fenomena itu ancaman yang semakin membimbangkan ketika musim panas dan cuaca kering melanda negeri ini.
Statistik turut merekodkan sebanyak 540 kes dicatatkan dalam tempoh 1 Jun hingga Julai ini, berbanding hanya 429 kes dalam tempoh sama tahun lalu, sekali gus menunjukkan peningkatan hampir 26 peratus.