IPOH - Polis berjaya membongkar kegiatan pelacuran apabila menahan sekumpulan warga Bangladesh dalam serbuan di kawasan kebun kelapa di Kampung Tualang Tujuh, Kampung Kepayang, Simpang Pulai pada Khamis.
Dalam serbuan pada jam 7.30 petang itu, kumpulan dua wanita dan empat lelaki berkenaan menjadikan sebuah rumah tumpangan sebagai sarang aktiviti tersebut.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, serbuan dijalankan oleh anggota dari Balai Polis Simpang Pulai ketika menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah Khas.
Menurutnya, kesemua suspek berusia 32 hingga 49 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.
"Mereka ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran selain tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah.
"Dalam serbuan itu, kita merampas 16 keping kondom, minyak urut, tisu basah, wang tunai RM100, dan dua telefon bimbit," katanya.
Ujarnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.