Biro Antarabangsa Keadilan bantah kerjasama Maybank dan Microsoft

Iklan
Biro Antarabangsa Keadilan mendakwa kerjasama antara Maybank dan Microsoft bukan sahaja tidak beretika, malah mencemarkan nama baik bank itu sebagai institusi kewangan milik rakyat Malaysia.

SHAH ALAM - Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) membantah keras keputusan Maybank menjalin kerjasama digital strategik dengan Microsoft.

Dalam satu kenyataan, Biro Antarabangsa Keadilan berkata demikian kerana Microsoft merupakan syarikat yang terpalit dengan dakwaan menyokong tindakan genosid Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Iklan
Iklan

"Microsoft telah dikenal pasti membekalkan teknologi kepada rejim Israel termasuk sistem Kecerdasan Buatan (AI) yang digunakan dalam operasi ketenteraan, pengawasan dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

"Ini menjadikan kerjasama ini bukan sahaja tidak beretika, malah mencemarkan nama baik Maybank sebagai institusi kewangan milik rakyat Malaysia," katanya pada Jumaat.

Iklan

Dalam masa yang sama, Biro Antarabangsa Keadilan turut menuntut tiga perkara, antaranya Maybank perlu menilai semula dan menggantung kerjasama ini serta-merta.

Ujarnya, perkara kedua adalah penjelasan awam berkenaan penilaian risiko hak asasi manusia yang dibuat sebelum keputusan kerjasama ini dimeterai.

Iklan

"Terakhir, kami menuntut komitmen Maybank terhadap nilai kemanusiaan, keadilan dan solidariti sejagat, khususnya dalam isu Palestin.

"Sebagai institusi nasional, Maybank wajar mendahulukan prinsip etika dan kemanusiaan dalam semua urusan perniagaan, sejajar dengan sentimen majoriti rakyat Malaysia yang menolak sebarang bentuk sokongan terhadap penindasan ke atas rakyat Palestin," katanya lagi.