'Ini bukan soal gembira Tun, tapi selamatkan periuk nasi rakyat' – Tengku Zafrul
Iklan
Tengku Zafrul (kiri), Dr Mahathir
KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung perjanjian perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) adalah tidak tepat dan mengelirukan.
Menurutnya, tuduhan bahawa kerajaan ‘gembira’ dengan perjanjian itu adalah tidak benar kerana keputusan yang dibuat adalah langkah pengurusan krisis bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan negara.
Iklan
Iklan
“Isu ini bukan soal ‘gembira’ tetapi soal tanggungjawab menyelamatkan periuk nasi dan mata pencarian rakyat Malaysia.
"Rundingan dilakukan untuk mengelak tarif AS sebanyak 25 peratus yang mengancam lebih RM198 bilion nilai eksport dan 100,000 pekerjaan, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).
Iklan
“Kita berjaya mendapatkan kadar 19 peratus yang sama seperti negara ASEAN lain, sekali gus mengutamakan kepentingan nasional dan kestabilan ekonomi,” katanya menerusi Facebook pada Khamis.
Mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa Malaysia memansuhkan 100 peratus cukai ke atas 11,000 produk AS, Tengku Zafrul menjelaskan ia adalah tidak benar sama sekali.
Iklan
“Fakta sebenarnya, hanya 60.4 peratus baris tarif kini dikenakan duti sifar, bukannya 100 peratus seperti yang dinyatakan. Perbezaan 60 peratus dan 100 peratus amat besar.
“Realitinya, langkah ini bukan soal ‘memberi’ hasil cukai, tetapi mempertahankan nilai eksport, pekerjaan, dan mengelak kesan limpahan negatif kepada ekonomi, pasaran kewangan serta modal,” katanya.
Beliau turut menolak dakwaan kononnya Malaysia telah bersetuju membekalkan nadir bumi kepada AS atau mana-mana negara secara eksklusif.
“Kenapa Malaysia begitu bodoh menerima hanya 5 peratus daripada nilai sebenar sedangkan kita boleh dapat banyak kali ganda?” katanya.
“Malah, sejak 1 Januari 2024, Malaysia telah mengenakan larangan eksport nadir bumi mentah selaras dengan keputusan kabinet. Dasar ini dipantau ketat dan disemak setiap enam bulan,” katanya.
Menurut beliau, dasar itu bertujuan memastikan semua nadir bumi diproses dalam negara bagi memaksimumkan nilai ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
Katanya, Malaysia kini sedang membangunkan rantaian nilai penuh industri nadir bumi merangkumi aktiviti perlombongan (huluan), pemprosesan (pertengahan) dan pembuatan berteknologi tinggi (hiliran).
“Industri nadir bumi dijangka menyumbang sehingga RM9.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025 dan mewujudkan ribuan peluang pekerjaan berkemahiran. Dasar ini juga telah dimaklumkan kepada semua kerajaan negeri dan pematuhan adalah wajib,” katanya.
Tengku Zafrul menegaskan, kerajaan sentiasa terbuka terhadap kritikan, namun ia harus berasaskan fakta yang tepat dan bukan tuduhan palsu.
“Tidak salah untuk mengkritik, tetapi apabila kritikan dibuat berdasarkan tuduhan yang tidak benar, ia adalah salah dan boleh mengelirukan rakyat,” tegasnya.
Beliau turut menyeru semua pihak agar mendapatkan fakta sahih daripada kenyataan rasmi sebelum membuat sebarang tuduhan berhubung dasar perdagangan negara.
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.