Jururawat palsu rawat lebih 4,000 pesakit ditahan

Iklan
Bardisa berdepan 14 pertuduhan atas penipuan yang dilakukannya. Foto Agensi

TALLAHASSEE - Seorang penyamar jururawat berdaftar akhirnya ditahan pihak berkuasa.

Pembohongan Autumn Bardisa, 29, di Florida, Amerika Syarikat (AS) terbongkar selepas majikannya menamatkan kontrak kerjanya atas kebimbangan terhadap kelayakannya.

Iklan
Iklan

Siasatan mendapati Bardisa telah memberi rawatan perubatan kepada kira-kira 4,486 pesakit antara Jun 2024 dan Januari 2025.

"Ia merupakan salah satu kes penipuan perubatan paling menggemparkan," kata Syerif Daerah Flagler, Rick Staly.

Iklan

Difahamkan, Bardisa berkhidmat di AdventHealth Palm Coast Parkway di Palm Coast bermula Julai 2023 hingga Januari 2025.

Dia didakwa menggunakan dokumen palsu dan nombor lesen milik jururawat sebenar di hospital berbeza.

Iklan

"Dia ditahan di kediamannya pada Selasa lalu. Perbuatannya membahayakan nyawa ribuan pesakit dan telah menggugat kepercayaan keluarga mereka, AdventHealth dan seluruh komuniti perubatan," tegas Staly.

Difahamkan, wanita itu berdepan 14 pertuduhan termasuk mengamalkan profesion jagaan kesihatan tanpa lesen sah dan penipuan maklumat pengenalan diri. - Agensi