Panas, tapi boleh ‘sejuk’ dengan senyuman
Iklan
Dalam kepanasan hari ini, penulis kembali ‘sejuk’ apabila pegawai kaunter satu dan dua melayan pelawat dengan senyuman. Foto hiasan/foto123RF
BARU-BARU ini, saya menyelesaikan urusan peribadi di sebuah agensi kerajaan di Selangor, lebih tepat sekali premis berkenaan terletak di Shah Alam yang juga pusat bandar negeri ikonik itu.
Lokasinya adalah tengah-tengah pusat bandar dan ia merupakan sebuah bangunan yang sangat menarik saujana mata memandang, pastinya akan memikat hati pelancong sekiranya melalui laluan di hadapannya kerana struktur bangunan itu.