WASHINGTON - Tarif import Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan puluhan negara lain dijadual berkuat kuasa mulai Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut pegawai AS, tarif itu akan dikuatkuasakan mulai tengah malam waktu Washington (0400 GMT), namun Suruhanjaya Eropah menjangkakan cukai 15 peratus ke atas kebanyakan produk EU akan mula terpakai pada Jumaat.