PH kesal Muhyiddin pinggir MB, KM pembangkang

Iklan

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) kesal Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengundang Menteri Besar dan Ketua Menteri daripada parti itu pada mesyuarat khas bagi menyelaraskan Perintah Kawalan Pergerakan antara negeri pada hari ini.

Majlis Setiausaha PH dalam satu kenyataan berkata, sekiranya ia disebabkan negeri itu ditadbir oleh pembangkang yang tidak sehaluan dari sudut politik dengan kerajaan Persekutuan, maka ia merupakan tindakan kepartian sempit yang merugikan rakyat.

Iklan
Iklan

"PH difahamkan bahawa Menteri-Menteri Besar daripada Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan serta Ketua Menteri Sabah dan Pulau Pinang tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas itu.

"Umum sedia maklum bahawa kelima-lima negeri ini merangkumi hampir 40 peratus seluruh penduduk di Malaysia dan sejumlah besar kes Covid-19 ini turut berlaku di negeri-negeri ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurut kenyataan itu, usaha kawalan wabak Covid-19 yang tidak mengambil kira sebahagian wilayah dalam negara ini pasti akan gagal.

"Oleh itu, Majlis Setiausaha PH menggesa Putrajaya untuk segera memanggil pertemuan bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri ini demi kemaslahatan dan keselamatan warga negeri-negeri tersebut," katanya.

Iklan