Konservatif dalam arus modenisasi
Iklan
Orang ramai melawat Ekspo Osaka pada hari pertama ia dibuka kepada orang ramai, di bandar Osaka. Foto Reuters
JAUH perjalanan luas pandangan. Baru-baru ini saya telah berkunjung bersama delegasi universiti ke Osaka, Jepun bagi menghadiri World Ekpo 2025. Saya sangat terkejut dengan sambutan pengunjung yang luar biasa terutama daripada masyarakat tempatan.
Osaka Expo 2025 dianjurkan oleh Bureau International des Expositions (BIE) lima tahun sekali bertujuan mempromosikan pelbagai budaya, kemajuan inovasi dan merapatkan hubungan antarabangsa bagi menghadapi cabaran global secara bersama.