Hentikan teka-teki tarikh mengundi
Iklan
Malaysia perlu tinggalkan budaya ‘politik kejutan’ demi kestabilan dan perancangan rakyat. Gambar hiasan
MENGAPA pengundi, anggota polis, penjawat awam malah pengusaha swasta yang terlibat dengan urusan pilihan raya perlu meneka bila tarikh mengundi? Mengapa tidak jadualkan hari undi lebih awal?
Bayangkan abang polis nak kahwin dengan kakak polis, sanak-saudara juga ramai polis, macam mana mereka nak merancang kenduri kalau dijangka ada pilihan raya tak lama lagi?