Sindiket bunga ganja RM2.4 juta tumpas
Iklan
Adzli (tengah) menunjukkan rampasan bunga ganja bernilai keseluruhan RM2.4 juta.
SUNGAI PETANI – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis bunga ganja bernilai kira-kira RM2.4 juta dengan penangkapan lima individu termasuk pasangan suami isteri di daerah ini baru-baru ini.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Adzli Abu Shah berkata, keseluruhan rampasan bunga ganja seberat anggaran 66.4 kilogram (kg) itu ditemui dalam bagasi dalam sebuah kereta yang dipandu oleh salah seorang suspek.
Iklan
Iklan
Menurutnya, serbuan pertama dilakukan pada jam lebih kurang jam 1.30 tengah hari dengan menahan tiga lelaki berusia 26 tahun di tepi jalan di Lot 88 bersama lima bagasi berisi dadah disyaki bunga ganja dengan anggaran berat keseluruhan 64.6 kg.
“Dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah serta didapati positif dadah manakala seorang lagi dipercayai dalang utama tidak mempunyai rekod lampau.
Iklan
Adzli menunjukkan lima suspek termasuk dalang yang ditahan.
“Pada jam 8.30 malam hari sama, berpandukan maklumat suspek, satu serbuan dilakukan di SP Saujana Permai dan pihak polis menemui dadah disyaki bunga ganja dengan anggaran berat 1.8 kg,” katanya kepada media pada Rabu.
Keesokan harinya, dua wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket sama ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, masing-masing berusia 24 dan 25 tahun di mana salah seorang daripadanya dipercayai isteri kepada dalang utama.
Iklan
Kesemua tangkapan direman selama tujuh hari sehingga 11 Ogos depan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Adzli berkata, modus operandi sindiket ialah menggunakan rakyat tempatan yang dihantar ke negara jiran untuk mengambil bekalan dadah menggunakan kereta melalui Bukit Kayu Hitam.
“Kenderaan dihantar kepada sindiket di sebelah sana. Dalam masa dua hingga tiga jam, mereka akan menyeludup dadah ke dalam panel pintu atau bonet kereta, sebelum kenderaan diambil dan masuk semula ke Malaysia melalui Padang Besar di Perlis.
“Hasil risikan mendapati, dadah ini dipercayai untuk dieksport ke negara ketiga namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti destinasi terbabit,” katanya.
Difahamkan, dalang utama sindiket tersebut bekerja sebagai pemberi pinjaman wang tanpa lesen dan mengupah seorang pengawal keselamatan yang gagal membayar hutangnya untuk menjadi penghantar dadah.
Polis turut menyita dua kenderaan yang dipercayai digunakan sindiket berkenaan untuk menjalankan kegiatan terbabit.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>