Wanita maut dirempuh kereta ketika melintas jalan

Iklan
Seorang wanita maut dirempuh Perodua Myvi ketika melintas jalan selepas turun dari bas di Kota Tinggi.

KOTA TINGGI - Seorang wanita warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang melintas jalan sebaik turun dari bas di Kilometer 42 Jalan Sungai Rengit di sini awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, wanita tempatan berusia 55 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4.10 pagi dan kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dari arah Sungai Rengit ke Kota Tinggi tidak sempat mengelak mangsa yang sedang berlari melintas jalan setelah turun dari bas.

"Pemandu kereta iaitu lelaki tempatan berusia 51 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Yusof pada masa sama menasihati orang ramai agar sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama ketika di jalan raya. - Bernama

 

Iklan