Kereta musnah terbakar di Jambatan Pulau Pinang

Iklan
Sebuah kereta musnah hampir 90 peratus selepas terbakar dalam kejadian di Jambatan Pulau Pinang pada pagi Rabu.

GEORGE TOWN – Sebuah kereta musnah hampir 90 peratus selepas terbakar dalam kejadian di Kilometer 6.8 Jambatan Pulau Pinang menghala ke arah utara, awal pagi Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.04 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan sembilan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Iklan

“Setelah tiba di lokasi pada jam 7.20 pagi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Kebakaran melibatkan hampir keseluruhan kenderaan dengan anggaran kemusnahan sebanyak 90 peratus. Tiada mangsa terlibat dalam insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Tambahnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya lima minit kemudian, manakala operasi pemadaman selesai sepenuhnya pada jam 7.47 pagi.

“Kerja-kerja overhaul turut dilakukan sebelum lokasi kejadian diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.