Israel sengaja jadikan kebuluran senjata
Iklan
Rahaf Ayyad, kanak-kanak perempuan Palestin berusia 12 tahun yang mengalami kekurangan zat makanan, menunjukkan gambar lamanya ketika berada di sebuah sekolah yang dijadikan tempat perlindungan di al-Rimal, Gaza Tengah.
PUTRAJAYA – Kebuluran yang melanda penduduk Gaza hari ini merupakan kesan langsung daripada tindakan Israel menghalang bekalan makanan memasuki wilayah itu.
Penasihat Kehormat MyCARE, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, tindakan itu merupakan satu bentuk penganiayaan yang tidak terlintas dan tergamak dilakukan oleh sesiapa.