Guna kaedah incumbency
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa rundingan pastikan tiada pertembungan tiga penjuru PH-BN-GRS pada PRN Sabah. Gambar kecil: Romzi
SHAH ALAM - Pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) boleh dielak dengan mengguna pakai formula atau mekanisme yang memberi keutamaan kepada parti penyandang untuk bertanding dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Romzi Ationg berkata, kaedah itu antara perkara yang boleh dipertimbangkan ketiga-tiga gabungan berkenaan sekiranya ingin membentuk kerajaan selepas pilihan raya nanti.