Lakukan ini demi Gaza
Iklan
Gaza, tanah kecil yang tersepit di antara dinding konflik, kini berdepan musuh paling kejam iaitu kelaparan.
“SETIAP kelewatan membawa kepada satu lagi pengebumian,” kata Dr. Muneer al-Boursh, seorang pegawai kanan di Kementerian Kesihatan Gaza.
Kenyataan ini menggambarkan hakikat yang amat perit bahawa setiap minit yang berlalu tanpa bantuan, tanpa henti tembakan, tanpa tindakan dunia, menyumbang kepada kematian yang boleh dielakkan. Keperluan terhadap gencatan senjata menyeluruh dan laluan bantuan yang konsisten kini bukan lagi pilihan, tetapi ia satu kewajipan kemanusiaan.