LIANYUNGANG - Sebuah restoran penghantaran makanan di wilayah Jiangsu diarah tutup selepas didapati menggunakan air lelehan penyaman udara untuk merendam cendawan dan mi.
Pelanggaran kesihatan itu terbongkar selepas video tular menunjukkan paip plastik menyalurkan air dari penyaman udara ke dalam baldi berisi bahan masakan.