Kes Zara Qairina: Mohon bedah siasat langkah tepat
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kematian Zara Qairina. Gambar kecil: Mohamed Haniff Khatri
SHAH ALAM – Tindakan ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir memohon perintah mahkamah untuk menggali semula kubur anaknya bagi menjalankan bedah siasat disifatkan sebagai langkah pertama paling tepat dalam usaha menuntut keadilan.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, permohonan itu adalah wajar memandangkan tiada sebarang bedah siasat dilakukan ke atas mayat pelajar Tingkatan Satu itu sebelum pengebumiannya, satu situasi yang amat luar biasa dan tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana kes melibatkan kematian mencurigakan.