KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengadakan pertemuan dengan pakar ekonomi inovasi yang juga Pengarah Pengasas Institut bagi Inovasi dan Tujuan Awam dari Kolej Universiti London (UCL), United Kingdom, Profesor Dr Mariana Mazzucato.
Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, pertemuan itu antara lain membincangkan kepentingan strategi berorientasikan misi yang menggalakkan kerjasama awam-swasta bagi memacu pelaburan hijau, inovasi teknologi dan transformasi digital.