Pembantu rumah jadi GRO antara 12 wanita warga asing ditahan JIM
Iklan
12 wanita ditahan terdiri daripada tiga wanita warga Indonesia, tujuh Thailand dan dua Vietnam berusia antara 20 hingga 35 tahun - Foto: FB Jim Pulau Pinang
BUKIT MERTAJAM - Seorang pembantu rumah Indonesia antara 12 wanita warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, pada 1.30 pagi tadi.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JIM, Basri Osman berkata, hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai permit sebagai pembantu rumah tetapi telah menyalahgunakan dengan bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) pada waktu malam.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pemeriksaan turut mendapati ada dalam kalangan mereka yang ditahan itu bekerja di kilang, tinggal lebih masa dan beberapa orang didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
"Dalam operasi ini, 12 wanita ditahan terdiri daripada tiga wanita warga Indonesia, tujuh Thailand dan dua Vietnam berusia antara 20 hingga 35 tahun.
Iklan
"Ketika operasi mereka ini sedang leka melayan pelanggan dan kita telah mengepung bilik digunakan untuk aktiviti hiburan dan berjaya menahan mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lokasi, awal pagi ini.
Basri berkata, ketika diserbu terdapat beberapa wanita yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya ditahan.
Iklan
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal kesemua wanita itu didapati baru enam bulan bekerja di premis terbabit dan menerima bayaran antara RM150 hingga RM250 sejam.
"Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 dan kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Jawi,” katanya sambil menambah operasi melibatkan 33 anggota dari ibu pejabat Imigresen, Perak dan Pulau Pinang. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Peletakan jawatan saya berkuat kuasa serta-merta sejurus Najib jejak ke rumahnya' - Anthony Loke"><meta itemprop="description" content="Anthony Loke menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya.
Menurutnya, pendiriannya untuk meletakkan jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Perdana Menteri itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803561/berita/semasa/peletakan-jawatan-saya-berkuat-kuasa-serta-merta-sejurus-najib-jejak-ke-rumahnya---anthony-loke
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #AnthonyLoke #letakjawatan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-06T10:01:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbu6th6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbu6th6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbu6th6"></script>