Veteran UMNO ingatkan MIC jangan tergesa-gesa buat keputusan
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai MIC yang secara terbuka menyatakan kesediaan untuk membuka ruang perbincangan dengan mana-mana parti lain kelangsungan parti berkenaan. (Gambar kecil: Mustapha)
SHAH ALAM - Veteran UMNO mengingatkan MIC agar tidak tergesa-gesa membuat keputusan meninggalkan Barisan Nasional (BN) hanya disebabkan kecewa dengan perkara tertentu.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tindakan tanpa berfikir panjang tersebut boleh merugikan gabungan yang telah terbentuk sejak sekian lama itu.