Peluang peneroka Felda jana ekonomi setempat
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai pengumuman kerajaan yang memperuntukkan RM100,000 bagi setiap kampung di bawah Felda untuk melaksanakan projek pembangunan. (Gambar kecil: Mohd Faisol)
SHAH ALAM – Peruntukan RM100,000 oleh kerajaan kepada setiap kampung di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membuka peluang untuk penduduk menjana ekonomi setempat.
Pensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, peruntukan itu amat besar bagi sesebuah kawasan berstatus kampung dan mencadangkan agar dana itu digunakan untuk melaksanakan projek yang berimpak tinggi serta memberi manfaat jangka panjang.