Jangan ulangi tragedi Zulfarhan, Zara
Iklan
Zulfarhan dan Zara Qairina.
BULI bukan sekadar kenakalan remaja. Ia bukan permainan. Bukan gurauan kasar sesama rakan dan bukan juga isu yang boleh dimaafkan dengan alasan, “biasalah, adat membesar.”
Buli adalah bentuk keganasan yang berselindung di sebalik budaya diam dan normalisasi penderaan. Kesan buli bukan sahaja meninggalkan trauma psikologi tetapi lebih menyayat hati, ia juga telah meragut nyawa.