RMK13 batu loncatan kepada negara
Iklan
RMK13 sebagai pemangkin pembangunan melalui projek infrastruktur yang akan memimpin transformasi ekonomi secara efektif. Foto 123RF
RANCANGAN Malaysia Ke-13 (RMK13) telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Julai lalu.
Sejumlah RM430 bilion perbelanjaan pembangunan kerajaan Persekutuan akan disasarkan sepanjang tempoh lima tahun ini yang bermula dari tahun 2026 sehingga 2030.