KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli Pergerakan Puteri UMNO sempena ulang tahun ke-24 penubuhan sayap itu yang terus teguh menjadi tulang belakang perjuangan parti sejak lebih dua dekad.
Menerusi hantaran Facebook, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Puteri UMNO merupakan nadi dinamik yang mewakili suara wanita muda, berani ke hadapan, bijak menyusun gerak kerja dan tidak pernah gentar mempertahankan UMNO dalam apa jua keadaan.