BEREGU campuran negara, Jimmy Wong–Lai Pei Jing menamatkan kempen Terbuka Macau Super 300 selaku naib juara selepas mempamerkan permulaan cemerlang sepanjang kejohanan di Macau East Asian Games Dome.
Aksi final menyaksikan langkah luar biasa Jimmy–Pei Jing yang kini berada di ranking ke-127 dunia dihentikan oleh pasangan Denmark, Mathias Christiansen–Alexandra Bøje, yang menampilkan prestasi konsisten untuk muncul juara.