Jalur Gemilang terbalik: SJKC Chung Hua mohon maaf

Iklan
Gambar tular Jalur Gemilang dipasang terbalik di SJKC Chung Hua, Port Dickson.

PORT DICKSON -Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, di sini memohon maaf kepada seluruh masyarakat kerana kesilapan memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sekolah terbabit pada 1 Ogos lalu.

Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak sekolah berkenaan dalam kenyataannya turut memaklumkan kesal atas kesilapan berlaku dan telah pun membetulkannya.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan tersebut, pihaknya menjelaskan pemasangan Jalur Gemilang di sekolah bertujuan menyahut seruan menyemarakkan Bulan Kebangsaan.

"Tapi disebabkan kecuaian, salah satu bendera yang digantung di hadapan papan tanda sekolah telah dipasang secara terbalik oleh seorang pekerja sekolah.

Iklan

"Kejadian itu telah disedari oleh orang awam yang lalu dan mengambil gambar serta memuat naiknya ke media sosial," katanya.

Tambahnya, pihak sekolah menerima makluman sekitar jam 5 petang dan mengambil langkah pembetulan dengan segera.

Iklan

Jelasnya, kesilapan itu adalah tidak disengajakan dan pihaknya mengakui ia telah menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam.

Pada masa sama, SJKC Chung Hua turut menyatakan sentiasa menitik berat penghormatan terhadap simbol negara dan komited dalam melaksanakan pendidikan patriotik.

Pentadbiran sekolah itu juga berikrar akan memperkukuhkan prosedur pemantauan dan pelaksanaan serta meningkatkan tahap kewaspadaan dan ketelitian agar kejadian yang sama tidak akan berulang.

Sempena Bulan Kemerdekaan pihak sekolah mengumumkan terdapat pelbagai aktiviti patriotik sedang dilaksanakan termasuk Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Pertandingan Hiasan Kelas, Pertandingan Fotografi, Kuiz Hari Kebangsaan, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Reka Poster dan Perarakan Patriotik.