NEW YORK - Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarin pada Sabtu berkata, kebuluran di Gaza adalah usaha sengaja Israel untuk melumpuhkan sistem bantuan kemanusiaan diterajui PBB serta menggantikannya dengan badan alternatif bermotifkan politik yang dikenali sebagai"Gaza Humanitarian Foundation” (GHF).
Dalam satu hantaran di akaun rasminya di platform X, Lazzarini memberi amaran bahawa kebuluran buatan manusia di Gaza"sebahagian besarnya disebabkan percubaan untuk menggantikan sistem bantuan kemanusiaan diselaraskan PBB dengan ‘GHF’ bermotifkan politik - satu ‘sistem bantuan’ yang bertanggungjawab atas kematian hampir 1,400 orang yang sedang kelaparan,” lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).